Khairy mungkin tidak bertanding PRU-15, malu ceroboh kawasan lain 

0
34
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya tidak diberikan kawasan.

“Saya menerima satu mesej daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang UMNO mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.

“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” katanya dalam sidang media.

Semalam, Mohamad dilaporkan berkata, memandangkan beliau adalah Timbalan Presiden UMNO, beliau juga perlu bertanding di kawasan Parlimen bagi memainkan peranan di peringkat kebangsaan.

Timbalan pengerusi Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Rantau sejak 2004 itu, bagaimanapun tidak menyatakan kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya.

Rantau ialah satu daripada empat kerusi DUN di bawah Parlimen Rembau dan untuk rekod, Khairy telah memenangi kerusi Parlimen Rembau sejak 2008.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here