“Kita sudah hampir ke PRU-15…” – Ismail Sabri

0
13

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengulangi janjinya untuk segera berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung pembubaran Parlimen.

Kata Ismail Sabri, berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, beliau akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan Top Five.

“Hari ini di sini kelima-lima Top Five UMNO ada, maka kita akan bincang dalam tempoh terdekat pembubaran Parlimen ini.

“Kita sudah hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), percayalah sikit masa lagi. Saya mendengar dengan jelas (gesaan pembubaran).

“Insya-Allah dalam waktu terdekat kita berjumpa dan berbincang. Apa yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya, kita mesti menang dan mampu menguasai kerajaan kembali,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Pengumuman itu mendapat sorakan hadirin yang melaungkan ‘bubar, bubar, bubar’ berserta tepukan gemuruh.

Lebih 10,380 Pemuda BN hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran serta Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here