Lawan tetap lawan, Muhyiddin isytihar BN musuh utama

0
24
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Ulang Tahun keenam Bersatu di sini hari ini. Kredit foto- Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut Muhyiddin, kenyataan tersebut adalah salah satu perkara yang sudah disepakati oleh PN.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan dan antara perkara yang sudah disepakati musuh utama kita tidak lain dan tidak bukan ialah BN.

“Ya kita tahu siapa mereka, tetapi kita jangan gentar dan takut kerana kita ada niat untuk menyelamatkan negara ini.

“Ini bukan main-main, perkara ini bukannya kita serah kepada Allah, kita kena bekerja kuat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan sempena sambutan Hari Ulang Tahun keenam Bersatu di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, sudah mengarahkan jentera pilihan raya untuk digerakan dengan calon-calon pilihan raya sudah dikenali pasti melalui pimpinan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin.

“Jentera pilihan raya kita telah arahkan untuk bergerak saya fikir sebahagian sudah mula yang lain belum mula.

“Kita sudah mohon supaya bahagian mengenal pasti tokoh-tokoh yang paling sesuai dan paling layak untuk diletakan sebagai calom pilihan raya.

“Ada jawatankuasa yang akan diteliti dan dipimpin oleh Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin yang mana paing sesuai,”ujarnya lagi.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli Bersatu tidak seharusnya bergaduh sekiranya tidak dicalonkan menjelang PRU-15 akan datang.

“Jangan bergaduh kalau tidak dicalonkan, bila menang dan berkuasa semua orang ada tanggungjawab. Kita bukan macam parti UMNO semua nak kaut.

“Kita tidak sakau apa-apa pun harta rakyat tetap rakyat yang punya tapi pemimpin yang ada di sini kita akan berikan tugas dan peranan mereka supaya mereka boleh buat yang terbaik untuk rakyat,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here