Lebih 64,000 usahawan desa berjaya dilahirkan KPLB – Mahdzir

0
15
Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan anugerah kepada peserta Kelab Usahawan 1Juta sempena Majlis Pelancaran Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta ([email protected]) di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjaya melahirkan lebih 64,000 usahawan desa menerusi pelbagai agensi di bawahnya.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagi memastikan usahawan desa sentiasa berdaya maju dan kalis kemelesetan ekonomi, pelbagai bantuan seperti geran, pembiayaan, latihan dan pembangunan disediakan oleh kementerian itu.

“Bantuan disalurkan bagi memastikan usahawan-usahawan ini dapat meneruskan perniagaan mereka khususnya ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia.

“Tetapi mereka tidak boleh mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Mereka juga perlu memajukan perniagaan masing-masing dengan menggunakan pendekatan terkini seperti digitalisasi dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta ([email protected]) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengasas Richworks International Sdn. Bhd., Datuk Dr. Azizan Osman.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Jelas Mahdzir, usahawan desa KPLB terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan merangkumi empat sektor utama iaitu pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.

Beliau berkata, bagi memastikan usahawan desa memasarkan produk mereka secara terancang, KPLB memperkenalkan Program Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta KPLB ([email protected]) melibatkan kerjasama dengan Rickworks International Sdn. Bhd.

Katanya, program berbentuk kejurulatihan dan mentor-mentee itu menyasarkan usahawan desa mencapai sasaran jualan tahunan berjumlah RM1 juta yang pertama.

Katanya, aktiviti itu adalah salah satu daripada beberapa aktiviti sokongan keusahawanan yang telah dirancang di bawah Program Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0).

“Saya dimaklumkan pada peringkat awal, seramai 67 orang usahawan desa telah memohon bagi menyertai program ini. Daripada jumlah itu, seramai 52 orang usahawan desa telah melepasi saringan awal.

“Seterusnya tapisan akhir dibuat dan seramai 25 orang usahawan terpilih untuk mengikuti aktiviti bimbingan [email protected] ini,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, kesemua peserta akhir yang terpilih akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar secara fizikal dan maya selama 12 bulan bagi mencapai jualan tahunan sebanyak RM1 juta dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Katanya, melalui tempoh berkenaan mereka akan didedahkan mengenai pengurusan pemasaran, pematuhan, operasi, kepimpinan, pembangunan perniagaan dan aktiviti mentoring.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here