Lelaki maut, rakan parah terkena bom buatan sendiri

0
136
Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH – Seorang lelaki maut  dan seorang lagi parah dipercayai terkena letupan bom ikan buatan sendiri di kawasan Hutan Lipir Lata Kekabu di Lenggong dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam itu, mangsa berusia 44 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada leher.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala rakan mangsa yang cedera pada tangan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menemui peralatan membuat bom ikan berhampiran lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan lanjut kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Kesemua barang kes dirampas untuk tujuan forensik dan tindakan lanjut,” katanya.

Semalam tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan keadaan salah seorang mangsa yang berlumuran darah dipercayai terkena bom buatan sendiri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here