LHDN tangguh bayaran cukai pegangan bernilai kecil, pendapatan royalti, faedah dan khas 

0
91
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menangguhkan bayaran cukai pegangan bernilai kecil bagi pendapatan royalti, faedah dan pendapatan kelas khas bermula 1 Ogos ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan,
pembayar perlu meremitkan cukai pegangan yang telah dipotong bagi setiap transaksi kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Negeri (KPHDN) dalam tempoh satu bulan dari tarikh bayaran dibuat.

“Bagi memudahkan pembayar membuat bayaran cukai pegangan beramaun kecil yang berulang-ulang, LHDN telah membenarkan penangguhan bayaran bagi kategori pendapatan faedah atau royalti yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109, ACP 1967,” katanya.

Selain itu, pendapatan tertentu kelas khas yang dibayar kepada penerima tidak bermastautin di bawah Seksyen 109B, ACP 1967 juga layak membuat penangguhan.

Mengulas lanjut, LHDN berkata, situasi-situasi yang layak untuk membuat penangguhan bayaran cukai pegangan dilakukan sekali dalam setiap tempoh enam bulan pula adalah bagi jumlah bayaran cukai pegangan adalah bernilai kecil iaitu tidak melebihi RM500.00 bagi sesuatu transaksi bayaran.

“Pembayar mengetahui bahawa bayaran cukai pegangan berkenaan akan
dilakukan sebanyak lebih dari sekali dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan iaitu dalam tempoh enam bulan berkenaan,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bagi bayaran cukai pegangan dan pengemukaan borang bayaran boleh dilakukan pada atau sebelum 30 Jun bagi transaksi bayaran yang dilakukan kepada penerima tidak bermastautin antara 1 Disember tahun sebelum hingga 31 Mei tahun semasa.

Seterusnya, bayaran juga perlu dilakukan pada atau sebelum 31 Disember bagi transaksi bayaran yang dilakukan
kepada penerima tidak bermastautin antara
1 Jun hingga 30 November tahun semasa.

LHDN juga menegaskan ruangan tarikh bayaran dikreditkan dalam borang bayaran CP37 atau CP37D perlu diisi dengan tarikh 30 Jun atau 31 Disember mengikut tempoh transaksi yang terlibat dan menasihatkan pembayar l untuk menyimpan senarai penerima bayaran cukai pegangan amaun kecil yang berkaitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here