Lokman Adam mahu MKT UMNO ambil tindakan disiplin terhadap PM

0
92
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.05 pagi bersama beberapa orang pengiring di sini, hari ini. Kredit foto- Najmi Zulkefle

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, menuntut MKT UMNO untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Tuntutan tersebut adalah susulan pendedahan perjanjian Perdana Menteri itu dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Lokman, Blogger Raja Petra telah mendedahkan perjanjian tersebut tetapi tidak lengkap kerana perjanjian nombor tujuh, lapan dan sembilan tidak didedahkan.

Katanya, perjanjian nombor tujuh antara kedua-dua pemimpin itu adalah beliau, (Ismail Sabri) berjanji untuk tidak menukar peguam negara.

“Ini adalah sangat salah, bagaimana dia boleh adakan perjanjian dengan pihak ketiga untuk menguruskan negara,”katanya di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Ismail Sabri turut berjanji untuk mengekalkan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet dan juga jawatan GLC yang dipegang oleh Bersatu dan Pas.

Mengulas lanjut, Lokman turut berkata Ismail Sabri telah berjanji untuk menyegerakan kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Ini ada dalam perjanjian dan ini adalah bukti jelas beliau telah mencampuri urusan mahkamah dan Jabatan Peguam Negara.

“Itu sebab tiada sebarang tindakan diambil terhadap Nazlan (Hakim Mahkamah Tinggi bagi kes Najib) yang pihak SPRM dah sediakan kertas siasatan, tiada!,”tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here