M. Daud Kilau dimasukkan ke hospital

0
48
M Daud Kilau

TELUK INTAN – Artis veteran yang juga Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, selepas mengadu sesak nafas, tengah malam tadi.

Anaknya, Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada jam 12 tengah malam tadi dan doktor mengesahkan M Daud dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Ahmad Zaini berkata, bapanya dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Doktor mengesahkan kepada keluarga bahawa ayah kritikal akibat paru paru berair pada jam 2 pagi.

“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan dan memasukkan tiub bagi membantu bernafas apabila jantung terhenti.

“Ayah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

M Daud sebelum ini juga dilaporkan menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama selain kebas kaki, tangan dan sakit pinggang.

M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here