Mahkamah benarkan Rosmah tangguh hukuman sementara tunggu rayuan 

0
27
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan hukuman selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah di sini, hari ini.

Keputusan itu dibuat sementara menunggu rayuan dilakukan di Mahkamah Rayuan selepas ini. 

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memerintahkan tambahan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan sekiranya beliau gagal membayar denda. 

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning menangis ketika berucap di hadapan Mohamed Zaini, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.

Katanya, beliau tidak pernah menggunakan walau satu sen pun duit daripada Permata dan berserah kepada Allah. 

Tambah Rosmah lagi, beliau dan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mangsa dan perkara yang sama boleh berlaku kepada  sesiapa pun. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here