Mahkamah putuskan Abdul Azeez lepas tanpa bebas kes rasuah dan pengubahan wang haram 

0
9
Kredit Foto – NSTP Mohd Fadli Hamzah.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Keputusan itu dibuat Hakim, Azura Alwi selepas Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad memohon agar Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Permohonan itu dibuat atas alasan representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

“Mahkamah berpendapat setiap kes perlu dibezakan berdasarkan fakta dan isu utama adalah kuasa budi bicara di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah sama ada perintah DNAA atau DNA patut diberikan terhadap tertuduh.

“Dalam menjalankan kuasa itu mahkamah perlu mengimbangkan kepentingan awam dan hak tertuduh sendiri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembangan Persekutuan.

“Mahkamah membuat perintah DNAA di bawah Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah selepas berpuas hati alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan kukuh dan memuaskan.

“Oleh itu mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan itu,” katanya semasa sebutan kes itu di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Abdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM972,414.60 berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di lima bank di ibu negara antara 6 September 2010 hingga 10 April 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here