Mahkamah Rayuan arah empat pertuduhan AMLA Abdul Azeez dibatalkan

0
36

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan supaya empat pertuduhan AMLA ke atas bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibatalkan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said, yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali membuat keputusan itu atas alasan pertuduhan itu bersifat prejudis ke atas Abdul Azeez.

Bagainanapun, rayuan Ahli Parlimen Baling supaya sembilan pertuduhan lain iaitu membabitkan tiga kes rasuah dan enam AMLA dibatalkan, ditolak oleh panel hakim.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana pertuduhan yang dikenakan tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

“Mahkamah menimbulkan persoalan kenapa Peguam Negara tidak dapat memberikan lokasi tepat di mana kesalahan tersebut dilakukan, dan hanya menyebut ‘Lembah Klang’ sahaja.

“Fakta ini terlalu umum, kerana di Lembah Klang sendiri terdapat banyak mahkamah, yang mempunyai bidang kuasa tersendiri,” kata Ameer kepada pemberita di pekarangan mahkamah sejurus perbicaraan.

Berkenaan kes seterusnya, Ameer berkata perbicaraan akan diteruskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here