Malakat Mall ambil pendekatan berbeza anjur konsert amal dekati pemuzik metal 

0
8
Turut hadir penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Amy Search, Ejam Medicine, Zulk HandyBlack, Ayie Farabi, serta pemuzik dan juga pendakwah Derry Sulaiman.

CYBERJAYA – Pusat beli belah, Malakat Mall mengambil pendekatan yang bebeza dalam perjuangan untuk memartabatkan ekonomi umat Islam dengan menganjurkan konsert amal bersama beberapa pemuzik rock terkenal di sini, esok hari.

Antara yang bakal hadir buat julung kalinya ialah penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Amy Search, Ejam Medicine, Zulk HandyBlack, Ayie Farabi, serta pemuzik dan juga pendakwah Derry Sulaiman.

Menurut Malakat Mall dalam satu kenyataan, program bersama pemuzik-pemuzik rock berkenaan bakal diadakan di perkarangan Malakat Mall pada jam 2 petang hingga 7 malam.

Dalam pada itu, sempena dengan cuti penggal persekolahan yang sudah bermula, Malakat Mall turut bakal mengadakan pelbagai aktiviti minggu ini.

Antara program yang bakal diadakan pada hari yang sama adalah seperti Shopping Master, Malakat Street Soccer, pertandingan memasak, pertandingan beyblade dan bermacam-macam lagi.

Aturcara program pada 10 September.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Malakat Grocer, Puan Saidah, program Shopping Master yang bakal diadakan esok bertujuan dia utk memberi pembelajaran kepada kanak-kanak mengenal barang berdasarkan tema makanan yang diberi.

“Kanak-kanak bakal dibekalkan dengan wang RM50 palsu, gambar dan senarai barang yang perlu dibeli.

“Untuk progam Malakat Grocer ini kita buka untuk bagi kanak-kanak berumur empat hingga dua belas tahun dengan yuran pernyertaan hanya RM10 sahaja,”katanya.

Selain itu, program pada hujung minggu ini juga bakal menghimpunkan pelbagai jenis gerai yang menjual makanan, minuman, barangan kraftangan, permainan dan bermacam-macam lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here