Malakat Mall anjur kelas hafazan, ambil pendekatan berbeza tarik minat kanak-kanak 

0
9
Pengetua Brainy Bunch International Islamic Montessori School, Ustaz Aden mengambil pendekatan berbeza dengan menyelitkan unsur permainan dalam kelas hafazan di Malakat Mall di sini, hari ini.

CYBERJAYA – Kebiasaannya kelas hafazan dijalankan dengan penuh tumpuan dan penghayatan, namun lain pula ceritanya kelas hafazan yang dijalankan di Malakat Mall yang mengambil pendekatan berbeza.

Menurut Pengetua Brainy Bunch International Islamic Montessori School, Ustaz Aden, pendekatan yang berbeza perlu diambil untuk mengajar hafazan bagi menarik minat kanak-kanak.

“Sepanjang tempoh pembelajaran hafazan surah Al-Mulk ini kanak-kanak ini akan berasa bosan kerana tempoh yang lama, jadi apa yang saya buat adalah kita selitkan sedikit permainan semasa proses hafazan.

“Alhamdulillah sepanjang kelas hari ini, budak-budak semua beri kerjasama dan dalam tempoh lima minit mereka dah dapat dapat hafal satu baris ayat,” katanya.

Pengetua Brainy Bunch International Islamic Montessori School, Ustaz Aden menyemak bacaan peserta hafazan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelebihan menghafal Surah Al-Mulk dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada azab kubur selari dengan hadis rasulullah.

“Ada satu hadis yang mahsyur, Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk sebelum tidur InsyaAllah dia akan dilindungi daripada azab kubur.

“Kita semua pasti akan diazab dan Allah akan ringankan azab kita dalam kubur sekiranya kita dan keluarga amalkan surah Al-Mulk ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, program hafazan berkenaan akan dijalankan selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu minggu ini sempena cuti sekolah yang sudah bermula.

Beliau juga berharap ibu-bapa diluar sana untuk menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kelas hafazan di Malakat Mall bagi mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here