Malakat Mall bersama Klinik Kyno anjur program berkhatan sempena cuti sekolah

0
11
Kredit: Facebook Malakat Mall

CYBERJAYA – Sempena dengan cuti penggal persekolahan yang bakal bermula esok, Malakat Mall bakal mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi sepanjang tempoh tersebut.

Antara promosi yang bakal diadakan adalah promosi pakej sunat dan ceramah kesihatan percuma yang bakal diadakan bermula esok sehingga enam September ini. 

Menurut Malakat Mall dalam satu kenyataan, promosi pakej sunat bermula dengan harga RM179 dan akan dikendalikan oleh pegawai perubatan.

“Untuk lokasi tempat bersesuaian juga akan disediakan dan menggunakan kaedah diathermy,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dengan lebih lanjut, tempat yang bersesuaian dan menjaga privasi juga bakal disediakan kepada para peserta sunat. 

Tentatif program.

Sementara itu, bagi program ceramah, pemeriksaan kesihatan dan booth penjagaan warga emas pula akan dikendalikan oleh Dr Rosmawati Mohamed, Dr Muhammad Shahir Nadzir,  Klinik Kyno dan Alexa Villa. 

Dalam pada itu, antara tajuk ceramah yang bakal disampaikan pula bertajuk ‘penjagaan warga emas’, ‘peranan vitamin D dalam kesihatan’ dan bermacam-macam lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here