Malaysia antara negara catat kadar inflasi terendah di dunia

0
32
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara yang mencatatkan kadar inflasi terendah di dunia jika dibandingkan dengan beberapa negara besar dan negara jiran yang lain yang mempunyai kadar inflasi lebih tinggi.

Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 4.4 peratus pada Julai 2022 berbanding Amerika Syarikat (8.9 peratus), United Kingdom (10.1 peratus), Indonesia (4.9 peratus), Thailand (7.6 peratus) dan Singapura (7.0 peratus).

Menurut laporan kewangan yang disediakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kadar inflasi yang rendah adalah berikutan langkah kerajaan menyediakan peruntukan subsidi yang lebih besar iaitu sebanyak RM77.7 bilion bagi tahun 2022.

“Kerajaan juga melaksanakan harga kawalan melalui Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia dan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan terhadap barang kawalan asas,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan turut memperluaskan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

“Pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat. Sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan program JMKM,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), menjangka kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here