Undi dengan bijak, elak negara jatuh ke tangan ‘perosak’

0
44
ASMAK HUSIN

CYBERJAYA – Golongan muda khususnya wanita diseru supaya bijak melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membuang undi pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang bagi mengelakkan negara tidak jatuh ke tangan ‘perosak’.

Bekas Ahli Dewan Negara, Ustazah Asmak Husin berkata, peranan wanita bukan hanya duduk di dapur dan mengemas rumah, tetapi perlu terlibat di dalam mencorakkan masa depan negara dengan memilih pemimpin yang terbaik.

“(Wanita) tidak boleh terperangkap dalam permainan sentimen dan emosi. Jangan undi sebab dia kacak atau cantik sahaja. Pilihlah pemimpin yang mengutamakan Islam, amanah dan bertanggungjawab.

“Turun mengundi merupakan tanda kasih sayang kita supaya negara tidak jatuh ke tangan perosak,” kata Ustazah Asmak.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan pelancaran kempen Sis Turun Undi di pusat beli belah Malakat Mall di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, dan Ketua Pengarah Eksekutif Malakat Mall, Hilmi Ismail.

Kempen yang dianjurkan oleh Gabungan Wanita Muda Cinta Malaysia itu terdiri daripada 70 organisasi bukan kerajaan (NGO) wanita bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai pilihan raya terutamanya kepada pengundi yang belum pernah turun mengundi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here