Mohon lesen perniagaan DBKL sebelum 31 Dis elak dikenakan tindakan

0
8
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Golongan peniaga dan penjaja di ibu kota yang masih tidak memiliki lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa supaya membuat permohonan sebelum 31 Dis ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.

“Sepanjang tiga bulan bermula 1 Okt ini, penguatkuasaan akan dilonggarkan bagi memberi peluang kepada peniaga di Kuala Lumpur menjalankan proses memohon lesen yang akan diberi kepada yang layak.

“Tidak akan ada lagi kompromi kepada peniaga tanpa lesen selepas tempoh berkenaan,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu Jalaludin menyerahkan surat tawaran Lesen Statik Tepi Jalan kepada 18 penjaja yang menjalankan perniagaan di Jalan Palong, Taman Miharja, Cheras.

Jalaluddin turut mengingatkan peniaga supaya patuh dengan peraturan dan syarat lesen yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan termasuk pembatalan lesen diambil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here