Muda berhasrat sertai PH

0
18
SYED SADDIQ

CYBERJAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berhasrat menjadi salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bukan sahaja dengan tujuan untuk memenangi Pilihan PRU15, tetapi juga untuk menjadi salah satu parti dalam blok pembangkang berkenaan.

“Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU-15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok yang stabil dengan prinsip perjuangan yang sama,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan PRU15 parti berkenaan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Muda sebulat suara akan mengadakan perbincangan secara rasmi dengan PH dalam masa yang terdekat.

“Perbincangan awal secara tidak rasmi tentang penyertaan Muda ke dalam PH telah bermula beberapa bulan yang lepas selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Perbincangan tidak bersandarkan isu kerusi tapi berkenaan kesepaduan pembangkang dalam menyertai pilihan raya.

“Ini perbincangan tidak rasmi, jadi langkah seterusnya adalah perbincangan rasmi. Itu keutamaan Muda untuk pastikan pasukan ini akan memenangi PRU dan perkukuh dan martabat rakyat,” jelas Syed Saddiq.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Muda, Amira Aisyah Abd Aziz.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu masih belum membincangkan perkara berkaitan kerjasama dengan Muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here