Nahas 4 kenderaan: 7 anggota polis parah, pemandu lori maut

0
73
Keadaan kenderaan polis yang remuk teruk akibat kemalangan 4 kenderaan di Rembau petang tadi.

REMBAU – Tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, pukul 3.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, dalam insiden itu juga seorang pemandu lori disahkan maut.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.

“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.

“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kesemua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan untuk diberikan rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here