Nahas helikopter Bidor: Punca kematian juruterbang akibat kecederaan di kepala

0
21
Keadaan helikopter yang terhempas di Bidor, Ipoh.

IPOH – Punca kematian juruterbang helikopter yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Bidor dekat sini semalam adalah akibat kecederaan di kepala akibat kemalangan membabitkan penerbangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian tersebut disahkan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas bedah siasat ke atas mendiang dilakukan pada pukul 9 pagi tadi.

“(Ketika ini), isteri kepada juruterbang itu masih berada di luar negara dan dijangka tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

“Polis ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta terima kasih kepada seluruh agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan operasi mengesan mangsa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, pihaknya juga sudah mengaturkan kawalan rapi di tempat kejadian nahas sehingga siasatan selesai dijalankan oleh Biro siasatan kemalangan Udara dan Bahagian Forensik PDRM yang bermula hari ini.

“Helikopter berkenaan akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan seterusnya,” jelas beliau.

Semalam media melaporkan, juruterbang helikopter warga Hong Kong, Tsz Kin Richard Chan, 58, ditemui di bahagian kokpit dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, kelmarin.

Mangsa maut dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut menggunakan helikopter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here