Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur

0
80
Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana perbuatan rasuah dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Memetik laporan sebuah portal yang memetik sumber, Najib dikatakan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dimasukkan ke HKL baru-baru ini kerana masalah kesihatan.

“Setakat ini belum diketahui adakah beliau (Najib) akan terus menerima rawatan di HKL atau balik ke penjara.

“Sumber terdekat Najib pula memaklumkan beliau mengalami pendarahan pada usus,” lapor portal berita berkenaan.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib.

Bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here