Noh Omar tempelak Rafizi, suruh lihat ‘kubur’ PKR terlebih dahulu 

0
24
Pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Noh Omar .

PUTRAJAYA – Pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Noh Omar menempelak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan memintanya untuk cermin diri terlebih dahulu sebelum mencemuh parti lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN)

Menurut Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kenyataan Rafizi bahawa UMNO dan BN bakal berkubur seperti tidak sedar diri sedangkan parti yang diwakilinya telah tewas teruk di tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini.

“Bagi tahu Rafizi dekat Johor dengan Melaka, PKR dah terkubur, dekat Sarawak pun sama.

“Jadi suruh dia tengok kubur PKR dulu, cukup-cukuplah nak menipu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan terhadap kenyataan Rafizi yang meramalkan kehancuran UMNO-BN ketika berucap di perhimpunan “Rapat Mega Keadilan” parti itu di Taman Melawati, semalam.

Terdahulu Noh menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor di sini, hari ini.

Pada PRN Johor menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing memperoleh satu kerusi.

Dalam PRN Melaka pula, PKR gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here