Outlet baharu dalam Malakat Mall beroperasi tidak lama lagi

0
20

CYBERJAYA – Proses penjenamaan semula outlet di Malakat Mall berjalan lancar dengan kesemua premis yang terlibat kini berada dalam proses akhir penyiapan.

Pengarah Operasi Malakat Lifestyle, Ash Sahid Salleh berkata, kesemua outlet yang terlibat dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada akhir bulan ini.

“Antara yang baharu di Malakat Mall termasuk pembukaan sebuah pejabat pos di aras bawah pusat beli belah ini, kata Ash Shahid, hari ini.

Kemudahan ini secara langsung memanfaatkan pelanggan dan para usahawan yang menjalankan perniagaan secara online, kerana selain perkhidmatan mengepos biasa, turut disediakan perkhidmatan pengeposan secara pukal dan juga penyewaan peti surat.

Pejabat pos mini yang bakal dibuka di Malakat Mall beroperasi di tingkat bawah pusat beli belah itu.

“Saya yakin kemudahan ini akan memanfaatkan penduduk Cyberjaya, terutamanya usahawan online dalam memudahkan mereka menjalankan perniagaan,” kata Ash Shahid lagi.

Selain itu, kata Ash Shahid, beberapa buah outlet jualan baharu turut dibuka bagi memberikan kepelbagaian kepada pelanggan yang datang.

“Antaranya, kita akan membuka sebuah outlet barangan prelove premium tidak berapa lama lagi. Ketika ini proses ubahsuai dan kemasukan barangan sedang dilaksanakan,” katanya lagi.

Outlet tersebut yang dinamakan Recyclo, akan beroperasi di tingkat satu Malakat Mall.

Outlet Recyclo sedang dalam peringkat akhir pengubahsuaian.

Ash Shahid kemudiannya menjelaskan, perubahan ini dilaksanakan berikutan maklum balas yang diterima daripada pelanggan.

“Kami sentiasa mendengar pandangan para pelanggan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Terima kasih kepada pelanggan yang setia dengan kami dan memberikan pandangan dan cadangan bernas supaya kami dapat memperbaiki perkhidmatan yang kami berikan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here