Pelantikan PM baharu UK diharap dapat eratkan lagi hubungan Malaysia-UK – Ismail Sabri

0
12
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Elizabeth Truss.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss yang dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Beliau berkata, pelantikan itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Selamat menjalankan tugas dan saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Truss, 46, dilantik bagi menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

Setiausaha Luar Britain itu memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak mendapat 60,399 undi.

Truss dilantik sebagai Menteri Luar setahun lalu selepas memegang beberapa siri jawatan menteri termasuk di Jabatan Pendidikan, Perdagangan Antarabangsa dan Keadilan.

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ahli remaja parti Liberal Demokrat yang berhaluan tengah sebelum beralih kepada parti Konservatif yang berhaluan kanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here