Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan 

0
50
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keputusan itu dibuat berdasarkan ppenilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Mengulas lanjut, katanya pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan terutup kini adalah atas pilihan sendiri.

Begitupun, jelas Khairy, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.

Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here