Pembangunan 5G di Sabah, Sarawak langkah tepat memacu pertumbuhan ekonomi seimbang

0
36
5G

DALAM pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, fokus pembangunan telah ditumpukan kepada ekonomi di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pertumbuhan yang lebih inklusif dan seimbang.

Dalam keadaan ekonomi negara yang masih masih dibelenggu kesan-kesan pandemik Covid-19, salah satu alternatif yang diambil oleh kerajaan adalah pembangunan ekonomi digital, iaitu sokongan kepada pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Walaubagaimanapun, menurut laporan Petikan Bakat Digital Malaysia oleh Malaysia Digital Economy (MDEC), lebih separuh daripada bakat digital di Malaysia tertumpu di kawasan Lembah Klang disebabkan peluang pekerjaan dan fasiliti yang tersedia di kawasan tersebut dan mengakibatkan kekurangan bakat terlatih di negeri-negeri lain termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Antara punca yang boleh mengakibatkan pembangunan ekonomi digital di Sabah dan Sarawak tidak bergerak secara pantas seperti yang dirancang adalah pembangunan 5G yang tidak stabil dan meluas.

Namun, sejak kerajaan mengerakkan usaha transformasi digital di seluruh negara, Sabah dan Sarawak tidak terkecuali untuk menerima impak positif daripada usaha tersebut.

Pengenalan kepada Jalinan Digital Negara atau lebih dikenali sebagai JENDELA merupakan langkah proaktif kerajaan yang membantu merapatkan jurang digital antara rakyat melalui pembangunan dan penarafan infrastruktur komunikasi dan liputan 4G di Malaysia.

Setelah itu, kerajaan juga telah mengorak langkah untuk membangunkan liputan 5G di Malaysia melalui Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu sebuah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang berperanan untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Ini membuktikan pembangunan infrastruktur 5G di seluruh Malaysia tidak terkecuali di Sabah dan Sarawak amat dititikberatkan oleh kerajaan. Justeru, dalam melaksanakan pembangunan ekonomi digital dan menarik bakat digital di Malaysia untuk lebih tertumpu di Sabah dan Sarawak, infrastruktur 5G adalah satu keperluan.

Infrastruktur 5G perlu menjadi keutamaan di Sabah dan Sarawak kerana ianya bakal mewujudkan risiko kehilangan pelaburan terhadap syarikat yang menjadikan ekonomi digital sebagai platform utama.

Sebagai contoh, sebuah syarikat yang berpusat di Kuching, Karuna (Sarawak) Enterprise Sdn. Bhd. berhadapan dengan situasi kekurangan tenaga kerja (bakat digital) sedangkan syarikat berkenaan bersedia untuk melabur dan mengembangkan perniagaan.

Osman Safee, Penyelidik Industri 4.0

Karuna merupakan sebuah syarikat reka bentuk kreatif yang berpusat di Sarawak dan memiliki beberapa perjabat jualan yang turut beroperasi di Kuala Lumpur, Singapura dan Australia.

Situasi ini sekaligus memberikan gambaran keperluan pembangunan infrastruktur 5G di Sabah dan Sarawak kerana wujudnya peluang ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada negeri secara khusunya dan Malaysia secara amnya.

Justeru, insiatif pembangunan infrastruktur 5G ini sewajarnya menerima sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat untuk membantu Sabah dan Sarawak bergerak dengan lebih maju ke hadapan tidak kira dari sudut transformasi tekonologi mahupun pembangunan ekonomi. Ini merupakan langkah yang tepat dalam mengarus perdanakan ekonomi digital di Sabah dan Sarawak.

Oleh Osman Safee, Penyelidik Industri 4.0

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here