Pembantu tadbir, dua pengarah syarikat direman bantu siasatan kes rasuah

0
19

IPOH – Dua lelaki dan seorang wanita dikenakan tahanan reman seminggu bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM400,000 berhubung kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan.

Wanita berusia 30 tahun yang merupakan pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian, serta dua pengarah syarikat berusia 41 dan 50 tahun tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan itu dikeluarkan Majistret Noor Hafiza Ishak.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam penerimaan wang rasuah daripada pemilik syarikat supaya mendapatkan kelulusan permohonan memiliki tanah kerajaan seluas kira-kira dua hektar di daerah Kinta.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan sekiranya ada individu lain turut terbabit dalam kes itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here