Pemuda ugut ‘Abang Grab’ dikenakan tindakan disiplin 

0
315
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia University of Science and Technology (MUST) mengambil tindakan disiplin terhadap salah seorang kakitangannya yang mengugut penghantar makanan Grab baru-baru ini.

Malaysia University of Science and Technology, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya berasa kecewa dan kesal terhadap kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam tindakan yang menyinggung perasaan dan memalukan ini.

“Pihak pengurusan universiti berdiri teguh mengutuk perbuatan individu tersebut dan kami telah mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap beliau,”katanya.

Dalam pada itu, MUST juga menepis dakwaan yang mengatakan pihaknya mempunyai kerjasama dengan syarikat Grab.

“Pihak pengurusan juga ingin menekankan bahawa kami tidak mempunyai sebarang perjanjian kerjasama bersama Grab seperti yang dinyatakan oleh individu tersebut di dalam video atau mempunyai sebarang penglibatan secara langsung atau tidak langsung bersama syarikat Grab,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan Grab bertengkar dengan seorang lelaki.

Lelaki terbabit kemudianya dilihat cuba mengugut penghantar makanan itu dengan mengatakan MUST ada menjalinkan kerjasama dengan Grab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here