Penantian sekolah baharu untuk penduduk Kota Warisan berakhir

0
26
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melihat lakaran pelan tapak sekolah baharu di Kota Warisan di sini.

SEPANG – Penantian penduduk di sekitar Kota Warisan di sini untuk mendapat sebuah sekolah baharu berakhir apabila sebuah sekolah menengah akan dibina bermula selepas Disember tahun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, sekolah tersebut yang dibina di tapak seluas 12 ekar dijangka dapat disiapkan pada September 2025.

“Ini pastinya berita baik kepada penduduk Sepang dan mereka yang berada di Kota Warisan ini kerana sebelum ini jarak mereka untuk hantar anak ke sekolah agak jauh dan sekolah sedia ada juga telah padat.

“Kita tidak mahu kelas-kelas dalam sekolah tersebut meningkat terlalu tinggi sebab itu kita mahu pastikan pembinaan sekolah ini dengan 42 bilik darjah dapat disiapkan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di tapak sekolah tersebut di sini hari ini.

Radzi berkata, sejak kawasan tersebut dibuka lebih 20 tahun lalu, sekolah paling berhampiran terletak pada jarak lapan kilometer iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil.

Mengulas lanjut, katanya, sekolah baharu itu mampu menampung sehingga 1,400 pelajar dengan 42 bilik darjah.

Pada masa sama, beliau berkata, sekolah tersebut juga akan dilengkapi dengan kelas untuk murid yang berada program keperluan khas.

Selain itu, terdapat juga fasiliti sukan termasuk padang untuk kemudahan setiap pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here