Pendaftaran derma organ kini di MySejahtera

0
10
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Orang ramai yang berhasrat mendaftarkan diri sebagai penderma boleh berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera bermula 6 September ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menambah fungsi baharu pada aplikasi tersebut untuk membolehkan orang ramai berdaftar sebagai penderma organ.

Melalui kaedah itu katanya, kerajaan mengharapkan lebih ramai yang akan menyertai usaha murni itu sekaligus menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

“Dilaporkan seramai 10,442 bilangan pesakit berada dalam senarai menunggu organ tetapi hanya sebanyak 779 penderma organ sebenar selepas kematian sejak 1997.

“Malaysia masih tergolong antara 10 negara dengan kadar transplantasi terendah di dunia tahun lepas iaitu 2.84 pembedahan transplantasi berbanding 5.84 pada tahun 2020 bagi setiap sejuta populasi,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod, majilis itu bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendermaan organ dan transplantasi supaya dapat meningkatkan kadar pendermanya di negara ini.

Sejak negara memulakan perkhidmatan transplantasi, sebanyak 2,700 kes dijalankan melibatkan pendermaan organ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here