Penghantar makanan Grab maut dirempuh SUV baru melangsungkan perkahwinan 2 minggu lalu

0
49
Foto perkahwinan Allahyarham pada 9 September lalu.

KLANG – Penghantar makanan yang maut 
dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang baharu melangsungkan perkahwinan pada dua minggu lalu.

Menurut abang ipar arwah yang dikenali sebagai Mohd Nordinzuhri, Allahyarham bernikah pada 9 September lalu.

“Saya sedih atas cara pemergiannya tapi kami redha,” katanya dalam satu komen dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat pukul 1 tengah hari tadi, jenazah Allahyarham masih menunggu proses bedah siasat.

Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas Asar nanti.

Semalam tular video Allahyarham dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan di sebuah persimpangan lampu isyarat di Klang.

Dalam video tular tu, arwah dikatakan sempat menoleh sesaat penunggang di sebelah yang dirempuh sebuah lagi kenderaan jenis sama.

Bagaimanapun dalam insiden itu Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here