Penyanyi Aman Shah meninggal dunia

0
404
Allahyarham Aman Shah

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 2 petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, berita duka itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly sebentar tadi.

Menurut Hadzly, 43, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Kata Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan dijangka kebumikan hari ini.

Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here