Persediaan hadapi musim banjir, pembekal makanan, peruncit dibenar simpan stok lebih

0
16
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pembekal makanan dan keperluan asas dibenarkan menyimpan stok 30 peratus lebih daripada kebiasaan bagi menghadapi bencana banjir hujung tahun ini.

Laporan Malaysia Gazette menyebut, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid sebagaui berkata, pihaknya telah mengenal pasti pembekal, pemborong dan peruncit seluruh negara yang akan dibenarkan menyimpan stok melebihi ketetapan.

Langkah ini diambil sejurus selepas kementerian berkenaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir terutama pada hujung tahun.

“Kita membuat pemantauan rapi di seluruh negara kerana kita dapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa banjir kali ini mungkin lebih teruk daripada yang lepas, jadi kita ambil tindakan proaktif dengan memeriksa pemborong bekalan makanan di seluruh negara.

“Ini untuk persiapan awal untuk pastikan bila berlaku bencana rakyat tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan seperti mi segera, lampin bayi, beras dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Program Love Local di Stesen Petronas Kota Damansara 1, hari ini.

Tambah beliau, selain mengelakkan tindakan tuding menuding, inisiatif awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkenaan dalam masa sama memastikan mangsa banjir tidak berhadapan dengan masalah keputusan bekalan makanan.

“Ini supaya tidak ada isu nanti orang menyalahkan kita, kalau ada isu juga ia di luar kawalan kita, tapi langkah ini untuk memastikan masalah ini tidak berlaku,” kata beliau lagi.

MetMalaysia sebelum ini menjangkakan fasa peralihan monsun akan bermula pertengahan September sehingga November ini dan monsun timur laut 2022/2023 bermula November hingga Mac 2023.

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember hingga Januari 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here