Persembahan di khalayak tingkatkan keyakinan pelajar Brainy Bunch kuasai bahasa asing

0
7
Salah seorang peserta kategori bercerita sedang menyampaikan persembahannya pada peringkat akhir Minggu Bahasa Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall hari ini menjadi tuan rumah pelajar Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch mempamerkan penguasaan bahasa mereka menerusi penganjuran peringkat akhir pertandingan Minggu Bahasa.

Setelah seminggu dianjurkan secara dalam kampus, para pelajar hari ini diberi peluang mempersembahkan bakat dan kemahiran mereka di hadapan ibu bapa dan pengunjung pusat beli belah itu.

Peserta ‘choral speaking’ dalam bahasa Mandarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Noriha Mohd. Zain berkata, kemahiran berbahasa asing selain daripada bahasa ibunda merupakan salah satu daripada modul pengajaran yang diterapkan di sekolah tersebut, jadi persembahan sebegini secara langsung meningkatkan lagi keyakinan para pelajar untuk menggunakan bahasa dalam urusan seharian.

“Penggunaan bahasa merupakan satu kemahiran yang perlu diasah setiap hari, jadi penganjuran acara seperti ini membantu membina keyakinan mereka dalam menggunakan bahasa (yang mereka pilih),” kata Noriha, hari ini.

Turut hadir, Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Hilmi ISmail.

Terdapat empat bahasa diajar kepada murid sekolah Brainy Bunch – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Mandarin – dengan setiap pelajar perlu memilih satu bahasa asing sebagai bahasa kedua.

Selain persembahan deklamasi sajak dan puisi, turut diadakan persembahan ‘choral speaking’ dan juga bercerita.

“Kita dapat lihat sendiri bagaimana para pelajar kelihatan yakin dengan persembahan, terutamanya di hadapan ibu bapa mereka.

“Para pelajar amat bersemangat untuk mempersembahkan yang terbaik, terutamanya ketika berhadapan dengan ibu bapa mereka.

“Ini sekaligus membantu mereka dalam memperbaiki kemahiran berbahasa supaya ia dapat digunakan dalam urusan seharian mereka pada masa akan datang,” kata Noriha lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here