Pesawat TNI-AL yang hilang ditemukan terhempas ke dalam laut

0
27

JAKARTA – Sebuah pesawat pelatih Beechcraft Bonanza G36 milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan terhempas di Selat Madura, Timur Jawa.

Laporan media tempatan menyebut, pasukan penyelamat yang terdiri daripada tujuh buah kapal dan penyelam tempur marin telah berada di lokasi pesawat tersebut ditemukan, dengan operasi menyelamat telah dimulakan.

TNI-AL dalam satu kenyataan menyebut, pesawat tersebut ditemukan pada kedalaman 15 meter (m).

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyebut keadaan juruterbang Lettu Laut (P) Judistira Eka Permady dan pembantunya, Letnan 2 Laut Dendi Kresna Bhakti.

Difahamkan, pesawat tersebut yang sedang melaksanakan latihan terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 10 minit selepas berlepas pada pukul 8.45 pagi (waktu tempatan).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here