PM bangga Bahasa Melayu bergema di Parlimen Australia 

0
34
Ahli Parlimen Tangney, Bon Cheng Lim menyampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu semasa sidang Parlimen Australia hari ini.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, menzahirkan rasa bangga atas ucapan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu oleh Ahli Parlimen Tangney, Bon Cheng Lim, di Perth baru-baru ini. 

Ismail Sabri dalam satu ciapan di Twitter berkata, beliau bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia. 

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia!Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia [email protected] ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Alhli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!,”katanya di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Tangney itu yang juga dikenali sebagai Sam Lim dalam ucapanya berkata, beliau berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakyat  Malaysia.

“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan di seluruh pelusuk dunia terima kasih atas semua berkat dan perhatian yang anda berikan kepada saya 

“Terima kasih atas semua dukungan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia terima kasih semua,”katanya. 

Sam, 61, yang mewakili Parti Buruh dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here