PM bangga pencapaian skuad Harimau Malaya menjadi naib juara Piala Raja Thai

0
16

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa bangga di atas pencapaian skuad Harimau Malaya yang berjaya menjadi naib juara dalam kejohanan Piala Raja Thai hari ini.

Perdana Menteri berkata, meskipun gagal menewaskan pasukan Tajikistan menerusi sepakan penalti, Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya.

“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang.

“Kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia pula akan terus menjadi penyokong kuat Harimau Malaya,” katanya hari ini.

Dalam aksi itu skuad Harimau Malaya terlepas peluang untuk menjulang Piala Raja Thai selepas tewas 0-3 kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan di final di Stadium Chiang Mai.

Menerusi penentuan sepakan penalti menyaksikan percubaan Dion Cools dan Nazmi Faiz Mansor berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Tajikistan, Rustam.

Peluang skuad Harimau Malaya tertutup apabila sepakan penalti Safawi Rasid pula terkena palang, sekali gus menyaksikan Tajikistan menjulang Piala Raja Thai 2022 dengan keputusan 3-0.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here