PM luang masa bersama Keluarga Malaysia di New York

0
3

CYBERJAYA – Anggota Keluarga Malaysia mempunyai peranan sebagai duta kecil yang membawa imej positif negara ketika berada di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi satu semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara.

Justeru, Ismail Sabri berharap Keluarga Malaysia yang berada di Amerika Syarikat untuk terus memanfaatkan keluarga mereka termasuk masyarakat.

“Sementara saya di New York, sudah pasti saya teruja dapat meluangkan masa bersama Keluarga Malaysia di sini.

“Mereka adalah ‘Duta Kecil’ negara. Saya harap, Keluarga Malaysia di sini terus memanfaatkan keluarga dan masyarakat di Malaysia dengan memaparkan imej positif, dan bukanlah seperti ‘bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang’,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA77) di New York, Amerika Syarikat dari 22 September hingga semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here