PM ucap tahniah kepada Putera Mohammed sempena pelantikan menjadi Perdana Menteri Arab Saudi 

0
11
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

JEDDAH –  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang baru dilantik semalam. 

Ismail Sabri dalam satu ciapan di Twitter miliknya berkata, Malaysia akan sentiasa mengukuhkan hubungan dua hala antara dan kerjasama baharu antara kedua-dua negara berkenaan. 

“Setinggi-tinggi tahniah kepada YangAmat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi. 

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” katanya. 

Terdahulu, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri Arab Saudi selepas bapanya, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan Dekri Diraja bagi lantikan tersebut semalam. 

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Mohammed yang sebelum ini  dilantik sebagai Menteri Pertahanan telah diangkat sebagai Putera Mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Untuk rekod, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi secara tradisinya dipegang oleh Raja. 

JEDDAH –  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Arab Saudi yang baharu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang baru dilantik semalam. 

Ismail Sabri dalam satu ciapan di Twitter miliknya berkata, Malaysia akan sentiasa mengukuhkan hubungan dua hala antara dan kerjasama baharu antara kedua-dua negara berkenaan. 

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang

Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi. 

“Malaysia akan terus mengukuhkan

lagi hubungan dua hala di bawah

pimpina  Putera Mahkota Mohammed bin Salman khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” katanya. 

Terdahulu, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri Arab Saudi selepas bapanya, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan Dekri Diraja bagi lantikan tersebut semalam. 

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Mohammed yang sebelum ini  dilantik sebagai Menteri Pertahanan telah diangkat sebagai Putera Mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Untuk rekod, jawatan Perdana Menteri Arab Saudi secara tradisinya dipegang oleh Raja. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here