Polis siasat kes dakwaan kanak-kanak hampir jadi mangsa culik di Genting

0
18
Polis

BENTONG – Pihak polis masih belum menerima sebarang laporan oleh mangsa kes percubaan menculik kanak-kanak yang berlaku di Genting Highlands seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya hanya menerima laporan berhubung sebuah video berdurasi satu minit 20 saat yang dilaporkan oleh pihak keselamatan Genting Highlands semalam.

“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 lebih kurang pukul 8.16 malam berhubung video yang telah tular.

“Polis juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ibu pejabat Polis Daerah Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Zaiham memohon kerjasama kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Semalam tular di media sosial bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di kawasan peranginan itu melalui akaun TikTok milik ‘@alfitry_azmi52’ yang di muat naik di facebook Daily Traffic Report.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here