Polis siasat kes wanita dilarikan

0
41

KOTA BHARU – Seorang wanita berusia 36 tahun dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Semat Jal, Tumpat, dipercayai menjadi mangsa kes culik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dolah berkata, dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dipercayai dilarikan empat suspek lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

Terdahulu, video kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup menjadi tular di media sosial sejak pagi tadi.

“Suspek juga dikatakan bersenjatakan pistol dan ketika kejadian kereta yang dipandu dilihat menghala ke Wakaf Bharu, Tumpat.

“Polis Tumpat mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amran berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta memaklumkan segera kepada Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Gerakan Daerah 09-7257222 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

“Saya memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here