Potter dijangka dilantik pengurus Chelsea dalam masa terdekat

0
18

LONDON – Pengurus pasukan Brighton, Graham Potter dijangka akan menggantikan Thomas Tuchel sebagai pengurus pasukan Chelsea yang baharu dalam masa terdekat.

Terdahulu, Tuchel, 49, dipecat daripada jawatannya berikutan prestasi pasukan yang tidak memberangsangkan.

Desas desus mengatakan bahawa dia dipecat berikutan kekalahan kelab tersebut kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi, namun sumber dalaman kelab mengatakan keputusan itu dicapai pemilik kelab lebih awal lagi.

Difahamkan, Potter, 47, berminat dengan tawaran Chelsea kerana turut mempunyai peluang melatih kelab yang beraksi dalam Liga Juara-juara.

Pengurusan kelab Brighton telah turut dilaporkan memberi kebenaran kepada Chelsea untuk berunding secara rasmi dengan Potter.

Kelab tersebut tidak mempunyai kuasa menghalang kerana difahamkan Potter mempunyai klausa pelepasan bernilai sekurang-kurangnya £12 juta (RM61.85 juta) dalam kontraknya.

Antara nama lain yang disebut sebagai calon mengisi kekosongan jawatan tersebut adalah bekas pengurus PSG, Mauricio Pochettino dan bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here