Presiden Ukraine terbabit kemalangan jalan raya

0
12
Tangkap layar satu hantaran Facebook Sirgii yang melaporkan Presiden Ukraine terbabit dalam kemalangan.

KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan ketika melalui Kyiv pada awal pagi ini.

Bagaimanapun menurut setiausaha akhbarnya, Sergii Nikiforov, Zelensky tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

“Sebuah kereta bertembung dengan kereta Presiden Ukraine dan kenderaan pengiring. Pasukan perubatan yang mengiringi presiden memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa dan memindahkannya ke dalam ambulans.

“Presiden diperiksa oleh doktor, tiada kecederaan serius dikesan. Pegawai penguatkuasa undang -undang akan menyiasat kemalangan itu,” katanya.

Zelensky berkata, beliau baru saja kembali dari kawasan sekitar Kharkiv, sambil menambah bahawa ‘hampir seluruh rantau itu tidak diduduki’ selepas serangan untuk mengusir tentera Russia.

“Ia adalah pergerakan tentera kita yang belum pernah terjadi sebelumnya. Ukraine sekali lagi berjaya melakukan apa yang difikirkan mustahil oleh ramai,” kata Zelensky.

Perang di Ukraine memasuki fasa baharu, dengan tenteranya mengusir tentera Russia yang dilihat serius mencabar cita-cita Kremlin untuk menakluki seluruh wilayah Donbas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here