Produk Man-G ucap terima kasih Malakat Mall beri peluang usahawan Bumiputera tanpa kenakan caj mahal 

0
34
Ketua Komunikasi Koprat Yayasan Al-Manjie, Lilaruzaini Mohd Hussain, dalam satu temubual eksklusif bersama Malakat Tribune.

CYBERJAYA – ‘Terima kasih Malakat Mall’ itulah ucapan Pengurus Pembangunan Produk Man-G, Mohd Azhan Harun yang sangat menghargai usaha pusat beli belah itu dalam mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan Bumiputera tanpa mengenakan caj yang membebankan.

Katanya, peluang tersebut sangat baik memandangkan tjdak banyak pasar raya atau pusat beli belah yang menggunakan konsep sama dalam membantu usahawan terutamanya produk industri kecil dan sederhana (IKS).

“Apa yang saya suka mengenai Malakat Mall adalah mereka menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk menjual produk mereka tanpa dikenakan bayaran seperti bayaran promosi.

“Perkara tersebut adalah satu kebaikan jadi saya ingin berterima kasih kepada Malakat Mall kerana berjaya mengetengahkan produk kami kepada pengguna,” katanya kepada Malakat Tribune.

Pengurus Pembangunan Produk Man-G, Mohd Azhan Harun, dalam satu temubual eksklusif bersama Malakat Tribune.

Untuk rekod, produk susu Man-G telah mula dipasarkan di Malakat Grocer sejak pembukaan pasar raya yang terletak dalam Malakat Mall, Cyberjaya itu beroperasi pada tahun 2019.

Seterusnya, selain daripada menjalankan aktiviti perniagaan, produk susu Man-G yang diusahakan oleh syarikat Legasi Z Sufi Group of Co turut aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

Golongan yang menerima manfaat hasil daripada jualan susu ini adalah golongan B40, asnaf serta pelajar institusi pengajian tinggi menerusi Yayasan Al-Manjie.

Menurut Ketua Komunikasi Koprat Yayasan Al-Manjie, Lilaruzaini Mohd Hussain, 10 peratus daripada setiap pembelian produk susu Man-G ini akan disalurkan kepada Yayasan Al-Manjie untuk aktiviti kebajikan.

“Ahamdulillah produk Man-G ini telah membantu banyak masyarakat di seluruh Malaysia terutama sekali apabila terjadinya trajedi seperti banjir dan bencana alam yang lain.

“Sebagai contoh semasa tragedi banjir besar yang berlaku pada tahun lepas kami telah membelanjakan lebih RM1 juta merangkumi 27 tan lori yang dilengkapi dengan makanan dan keperluan untuk mangsa banjir di seluruh Malaysia,” katanya.

Produk susu cair Man-G.

Tambah Lilaruzaini lagi, sepanjang penubuhan yayasan tersebut, seramai 10,000 orang telah menerima manfaat hasil daripada sumbangan Yayasan Al-Manjie.

Selain itu, Yayasan Al-Manjie juga turut mempunyai mempunyai pusat pengumpulan dan pengedaran di beberapa buah negeri seperti Selangor, Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.

“Di sana kami akan edarkan produk dan susu Man-G ini jadi untuk dapatkan lebih maklumat boleh hubungi pusat pengumpulan dan pengedaran kami di setiap negeri,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here