Program berkhatan di Malakat Mall mudahkan ibu bapa

0
9
Abdul Latief (kanan) sedang menenangkan anaknya ketika melakukan prosedur berkhatan di Malakat Mall, hari ini.

CYBERJAYA – Program berkhatan yang diadakan di Malakat Mall amat membantu ibu bapa yang mahu melaksanakan ibadah wajib berkenaan.

Menurut salah seorang bapa peserta program berkenaan, Abdul Latief, program ini amat memudahkan kerana peserta hanya perlu mendaftarkan diri di kaunter disediakan dan proses berkhatan terus dilaksanakan di ruang berasingan.

“Alhamdulillah, ia amat memudahkan. Tak perlu menunggu lama kerana ia dilakukan dengan penuh teratur oleh kakitangan yang benar-benar terlatih,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune, hari ini.

Selain pendaftaran menerusi talian, ibu bapa yang ingin mengkhatankan anak mereka boleh juga mendaftarkan diri secara walk-in di kaunter yang dibuka di ruang legar pusat beli belah itu.

Program yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan secara bersama dengan Kyno Klinik yang beribu pejabat di Bandar Seri Putra.

Menurut Dr Mohd. Nor, program ini berlangsung sehingga esok pada harga promosi.

“Buat dua hari ini, peserta diberi promosi istimewa potongan harga.

“Pada ibu bapa yang berminat, hanya perlu datang ke Malakat Mall untuk daftarkan anak mereka dan kita akan laksanakan proses berkhatan pada masa itu juga,” kata Dr. Mohd. Nor lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here