Program Gerai Prihatin ringankan beban rakyat, belanja dapur serendah RM10 

0
18
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Ulang Tahun keenam Bersatu di sini hari ini. Kredit foto- Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA – Program jualan Gerai Prihatin anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat banyak maklum balas positif dalam kalangan pembeli di sini, hari ini.

Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, istilah ‘prihatin’ sudah sinonim dengan Perikan Nasional (PN) khususnya parti Bersatu.

“Kita turun padang, bantu rakyat, bela meraka dan berikan apa yang boleh itulah prinsip prihatin namanya.

“Kalau mereka tidak mempunyai makanan yang cukup kita sediakan Gerai Prihatin yang telah digerakan di negeri-negeri untuk membantu rakyat,”katanya dalam satu ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Keenam Bersatu hari ini.

Dalam pada itu, rata-rata pengunjung yang ditemui juga berasa gembira dan bersyukur dengan inisiatif yang diambil oleh Bersatu dalam mewujudkan Gerai Prihatin ini.

Menurut salah seorang pembeli, Rubayyah Maning, harga barangan asas yang ditawarkan di Gerai Prihatin ini sangat berpatutan.

Rubayyah Maning.

“Saya rasa seronok sangat sebab ada gerai jualan yang murah dengan hanya RM10 kita boleh dapat tiga barang iaitu beras 5 kg, gula dan telur satu papan,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, program sedemikian juga perlu diteruskan pada masa akan datang kerana dapat membantu golongan miskin terutamanya.

Sementara itu, ada juga pembeli yang datang dari jauh dan sangat berpuas hati dengan program jualan Gerai Prihatin ini.

Ismail Mohd Shah.

“Saya datang dari Pagoh dan untuk program Gerai Prihatin ini sangat memuaskan kerana dapat ringankan beban orang macam saya,” kata Ismail Mohd Shah.

Mengulas lanjut, Ismail yang bekerja sendiri dan mempunyai ladang kelapa sawit juga berkata, keadaan ekonomi ketika ini menurun jika dibandingkan ketika PN mentadbir ketika dahulu.

“Hari itu semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri harga komoditi sawit naik dengan mendadak tapi sekarang macam dah turun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here