Projek LPT3 dari Gemuroh ke Tumpat bakal dibina – PM

0
23
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KOTA BHARU – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk
meneruskan Projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Perdana Menteri berkata, projek itu akan melibatkan jarak sejauh 147 kilometer (km).

“Selain itu turut diluluskan ialah projek tebatan banjir di Rantau Panjang Golok fasa dua yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kompleks Darul Naim, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, projek pelebaran Jalan Lebuhraya Kuantan, Pahang – Segamat, Johor fasa dua yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang 3 Keratong sepanjang 51 km turut diluluskan.

Sementara itu, katanya, pihaknya jug bersetuju untuk membangunkan kawasan bandar-bandar yang bersempadan dengan Thailand iaitu dengan membina jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here