PRU-15: Radzi Jidin akur dengan keputusan parti untuk bertanding di mana-mana kawasan 

0
51
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Putrajaya Piala Radzi Jidin di sini, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle.

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin menyerahkan keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang kepada pucuk pimpinan parti.

Menurut Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan, sebagai Naib Presiden Bersatu beliau patuh kepada segala keputusan yang dikehendaki oleh parti.

“Terpulang kepada parti, parti suruh pergi mana pun saya akan pergi, saya akan akur sahaja apa keputusan parti,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Putrajaya Piala Radzi Jidin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kecenderungan beliau akan bertanding sebagai calon di Parlimen Putrajaya, Radzi secara ringkas berkata, kediamannya berada di dalam kawasan kejiranan berkenaan.

“Rumah saya di sini jadi saya dengan masyarakat Putrajaya ini adalah sebahagian daripada sahabat-sahabat adalah jiran tetangga saya,”ujarnya.

Terdahulu, timbul khabar angin yang mengatakan Radzi bakal bertanding menentang Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas dilihat sering kali menghadiri pelbagai program rasmi kementerian dan komuniti di sekitar kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Tengku Adnan merupakan penyandang bagi kerusi Parlimen Putrajaya pada ketika dan telah memenangi kerusi berkenaan sejak empat penggal lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here