Puad persoal Ketua Hakim Negara, kenapaTeoh Beng Hock boleh dapat khidmat pakar luar negara tapi Najib tidak

0
145
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

CYBERJAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, meminta penjelasan daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dengan mengajukan tiga soalan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebbok mempersoalkan, adakah betul permohonan Najib untuk menggunakan Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu.

“Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu?,” soalnya.

Selain itu, beliau juga berkata, alasan permohonan Najib guna Peguam Diraja dari UK ditolak kerana peguam dari Malaysia cukup pakar.

“Tetapi kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa? Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka?

Tambahnya lagi, Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka.

“Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak.

“Cukuplah tiga soalan itu diulang balik. Tolong jawab secara terbuka. Sudah pasti permohonan Najib ditolak,”ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Tun Tengku Maimun, menggesa ahli politik dan masyarakat untuk membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah terlebih dahulu sebelum mahu membuat sebarang kenyataan dan kesimpulan.

Katanya, kebanyakan komen yang menyerang sistem kehakiman, terutamanya selepas keputusan mahkamah membabitkan Najib adalah berdasarkan sentimen semata-mata.

Tegasnya lagi, komen dan serangan yang dibuat menunjukkan mereka tidak membaca alasan penghakiman serta tidak memahami undang-undang, sekali gus membawa kepada kenyataan dan ulasan yang tidak relevan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here