Tea Amo tawar kepada usahawan miliki perniagaan tanpa modal

0
50
Skim istimewa bagi individu yang berminat membuka perniagaan Tea Amo.

CYBERJAYA – Pada sesiapa yang pernah merasainya, minuman Tea Amo sememangnya unik kerana rasanya yang unik, berbeza dengan apa yang ada di pasaran sekarang.

Bermula dengan hanya sebuah kiosk di Petaling Jaya, kini Tea Amo semakin berkembang dengan kewujudan sebuah cafe di Malakat Mall, 33 buah wagon dan 3 kiosk di seluruh negara, termasuk di Indonesia dan Turkiye.

Salah sebuah wagon Tea Amo yang beroperasi di 33 lokasi berasingan di seluruh negara. Lokasi wagon di gambar adalah di Giant Kangar, Perlis.

Terbaharu, wagon ke-34 Tea Amo akan mula beroperasi pada hujung minggu ini di Angsana Mall, Johor Bahru.

Terkini, Kumpulan Malakat Eco membuka permohonan kepada individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan Tea Amo, menerusi tiga skim istimewa.

“Individu yang berminat miliki perniagaan sendiri, boleh pilih daripada tiga skim yang kita ada, iaitu usahawan aktif, usahawan pasif dan usahawan tanpa modal.

“Kesemua skim ini dirangka bersesuaian dengan kemampuan dan minat individu berkenaan,” kata Eksekutif Promosi Rangkaian Tea Amo, Abdul Faiz Abdul Hamid.

Bagi kategori usahawan, modal yang diperlukan adalah sebanyak RM100,000 bagi wagon dan RM350,000 bagi sebuah cafe.

“Yang berbezanya, bagi kategori pasif, keuntungan yang dikongsi adalah sebanyak 30 peratus berbanding kategori aktif sebanyak 60 peratus,” jelas Abdul Faiz.

Bagu kategori ketiga, iaitu usahawan tanpa modal, individu akan diikat secara kontrak bekerja dengan Kumpulan Malakat Eco, dan berpotensi mendapat perkongsian keuntungan sebanyak 30 peratus selepas setahun sekiranya cemerlang.

“Walaupun tanpa modal, individu yang berminat masih boleh memiliki satu perniagaan. Dan yang paling menarik, mereka tidak akan dibiarkan begitu sahaja kerana kita akan terus beri bimbingan sehingga perniagaan mereka berjaya, Tambah Abdul Faiz.

Beliau menambah, mereka yang berminat boleh berhubung dengannya di talian 0178844812 atau anggota pasukan Tea Amo yang lain iaitu Aisyah (0102690620) dan Azrim (0162184160).

“Pada yang berminat, sila hubungi kami sesegera mungkin, kerana semakin lama anda tunggu, kemungkinan harga yang ditawarkan ini akan naik,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here